Blog

Harga kasut sekolah hitam jauh lebih mahal

By Monday December 10th, 2018 No Comments

Tular hari ini tentang harga kasut sekolah hitam jauh lebih mahal dari kasut putih.

Misalnya untuk satu jenama, harga kasut sekolah hitam ialah RM45 sepasang manakala kasut putih hanya RM29.

Saya baca komen dari kalangan ibubapa yang merayu dan mengeluh bahawa harga peralatan sekolah, naik berbanding tahun lalu.

Jauh bezanya. Kalau anak ramai, sudah tentu terbeban.

Banyak dari peralatan keperluan sekolah seperti kasut, pakaian, alat tulis dikenakan dengan cukai SST 10%, oleh itu banyak naik harga berbanding tahun lepas di bawah cukai GST 6%.

Saya harap Guan Eng boleh bertimbang rasa dan bersimpati untuk mengembalikan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) sebanyak RM100 seorang untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 seperti dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini.

Saya tidak nampak bantuan ini di dalam belanjawan 2019 ataupun diumumkan. Mungkin telah dimansuhkan.

Kalau bukan untuk semua rakyat Malaysia seperti dahulu sebagai galakan untuk ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah, mungkin Guan Eng boleh bertimbang rasa untuk salurkan bantuan ini kepada golongan B40 sahaja.

Kalau nak tukar nama BKAP1M pun tak apa, asalkan bantuan diberi pada masa ini.

Leave a Reply