Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Harga barang tetap naik dengan SST - Najib Razak
Blog

Harga barang tetap naik dengan SST

By Isnin Disember 17th, 2018 No Comments

Sudah 6 bulan sejak GST dimansuhkan dan 3 bulan sejak SST bermula.

Sudah tentu rakyat dapat nilai dan sedar, GST bukan sebab utama harga barang naik.

Hari ini, harga barang tetap naik dengan SST dan dijangka akan terus meningkat pada bulan mendatang.

Saya dah beritahu sebelum ini, bagaimana peniaga ambil kesempatan atas kelemahan sistem SST untuk elak cukai dan menjejaskan hasil kerajaan.

Sebab itu tiada negara, kecuali Malaysia, yang mengundur kepada sistem SST.

Dengan GST: Hasil kerajaan meningkat, mengelak cukai kurang, defisit kerajaan turun, bantuan kepada rakyat meningkat setiap tahun, aset kerajaan bertambah dan ekonomi bertambah kukuh.

Dengan SST pula: Hasil kerajaan menyusut, mengelak cukai bertambah, defisit kerajaan naik, bantuan kepada rakyat dikurangkan sehingga dimansuhkan, Petronas dijarah, banyak aset kerajaan dijual dan ekonomi terus menurun.

Sebelum ini, ramai terpengaruh dengan propganda jahat PH untuk membenci atau menyalahkan GST dan kerajaan BN, sampaikan ada yang berguling di atas jalanraya.

Susah untuk menyalahkan pihak-pihak ini kerana propaganda dan penipuan PH terlalu kuat dan masa itu tidak ada peluang untuk orangramai membuat perbandingan.

Selepas GST dimansuhkan dan SST dilaksankan, kita boleh bandingkan dan lihat dengan mata sendiri.

Leave a Reply