Blog

Guan Eng mengaku ekonomi tenat sekarang

By Sunday December 2nd, 2018 No Comments

Semalam, Menteri Kewangan menyatakan bahawa Malaysia memerlukan masa 3 tahun untuk kembali ke pangkal jalan serta memastikan ekonomi negara berada di tahap memberangsangkan.

Tetapi Guan Eng turut beri amaran bahawa kembali ke pangkal jalan tidak bermakna PH akan kurangkan hutang negara.

Selama ini, PH mendakwa bahawa negara perlu diselamatkan dari BN kerana hutang negara sangat tinggi.

Selepas mereka mengambil kuasa, hutang negara juga selalu disebut sebagai masalah terbesar negara yang menghalang mereka untuk menunaikan janji-janji manifesto mereka.

Kini mereka kata selamatkan negara tidak bermaksud mengurangkan hutang negara?

Mengikut apa yang saya perhatikan dari langkah dan rancangan ekonomi kerajaan PH selama ini, saya amat yakin bahawa hutang rasmi negara akan terus bertambah semasa PH mentadbir.

Defisit belanjawan tahunan mereka diunjurkan akan jauh lebih tinggi berbanding di bawah kerajaan BN.

Oleh itu, saya 100% pasti hutang kerajaan rasmi bila sampai masa untuk PRU15 akan jauh lebih tinggi berbanding sebelum PRU14.

Lebih mengejutkan ialah sebagai bukti Guan Eng bahawa kerajaan PH telah mentadbir dengan “bagus”, Guan Eng dengan tiada sebarang perasaan malu memetik laporan ekonomi Bloomberg yang terbaru yang senaraikan Malaysia di tangga teratas di antara semua negara-negara membangun.

Sebenarnya, Malaysia sudah lama menduduk pangkat teratas laporan yang sama ini semasa BN masih mentadbir.

Pusing demi pusing, Guan Eng akhirnya bercakap benar apabila beliau mengaku bahawa ekonomi di dalam keadaan tenat sekarang.

Ekonomi yang semakin menaik dan duduk sebagai ekonomi membangun terbaik sebelum PRU14 mengikut laporan kini menjadi semakin tenat di bawah mereka?

Menurut laporan terbaru Moody’s minggu lepas, ekonomi Malaysia di bawah kerajaan PH akan semakin menurun sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 tahun yang akan datang.

Salah BN juga?

Leave a Reply