Blog

GST & Harga Kereta

By Saturday September 15th, 2018 No Comments

Mungkin saya silap kerana tidak membuat kenyataan akhbar khusus bila GST dilaksanakan pada tahun 2015 bagi mengumumkan bahawa harga semua kereta turun ketika GST seperti individu itu yang menghebohkan bahawa 5 jenama kereta turun harga dengan SST melalui kenyataan dan sidang media.

Tidak seperti perlaksanaan GST, ada juga kereta yang naik harga dengan SST tetapi tidak disebut dalam kenyataannya.

Selepas PRU14, saya ada tonton klip video Datuk Ahmad Maslan di mana beliau berkata bahawa harga akan turun dengan GST.

Sebenarnya, Datuk Ahmad betul kerana memang ada barang yang alami penurunan harga apabila GST dilaksanakan seperti kereta, alat ganti, tayar, minyak pelincir, perabot, alat-alat elektronik dan lain-lain. (Barang-barang ini yang telah dinaikkan harga semula berbanding GST apabila SST dilaksanakan dua minggu dahulu.)

Inilah yang sebenarnya dimaksudkan dan dijelaskan oleh beliau – bukan semua barang.

Saya mendapati sesi temubual televisyen mengenai GST dengan Datuk Ahmad Maslan itu berdurasi 1 jam.

Tetapi sesi TV beliau yang berdurasi 1 jam itu disunting menjadi 15 saat sahaja oleh pakar propaganda Pakatan yang mahu membina persepsi bahawa beliau kata semua barang akan turun harga semata-mata untuk memburukkan beliau dan kerajaan BN.

Oleh kerana klip 15 saat ini sangat tular, maka ramai yang telah tertipu dan tidak mendengar penjelasaan sebenar atau penjelasan penuh wawancara 1 jam itu.

Memang sangat tidak adil tetapi inilah antara cara Pakatan menggunakan propaganda yang jelas kurang jujur.

Anda boleh baca laporan-laporan berita mengenai setiap jenama kereta yang turun harga dengan GST pada tahun 2015:
http://paultan.org/tags/2015-gst-car-prices/

Selain harga turun apabila GST menggantikan SST pada tahun 2015, kerajaan BN di bawah saya juga memansuhkan cukai impot untuk kereta dari Jepun dan memberi insentif EEV yang banyak mengurangkan harga kereta yang jimat petrol.

Leave a Reply