Blog

Dana PRU14 UMNO

By Friday December 7th, 2018 No Comments

Pihak Polis dan kerajaan masih tidak mahu memulangkan dana PRU14 UMNO yang disita dari Pavilion dan telah memfailkan tuntutan kepada mahkamah untuk membatalkan saman tuntutan dari UMNO.

Dana pilihanraya ini sering disebutkan di dalam propaganda PH sebagai wang yang saya simpan berjuta-juta di rumah walaupun ini dana pilihanraya UMNO dan itu pun bukan rumah saya.

Pihak Polis juga masih tidak bersedia untuk memberi dokumen-dokumen mengenai sitaan itu termasuk salinan laporan polis yang menjadi asas sitaan berkenaan.

Dipercayakan bahawa laporan polis ini ialah laporan polis bertarikh 12 Disember 2014 yang di buat oleh Khairuddin Abu Hassan.

Mengapa serbuan bulan Mei 2018 iaitu 7 bulah dahulu, dibuat berdasarkan laporan polis dari tahun 2014? Itu perlu tanya kerajaan PH bagaimana dia boleh tahu 4 tahun dahulu bahawa wang akan dipindahkan ke Pavilion sehari selepas BN kalah PRU14.

Dana pilihanraya itu hanya di Pavilion untuk 2 hari sahaja selepas sebelum dirampas oleh pihak polis berdasarkan laporan polis.

UMNO memerlukan dana ini untuk aktiviti politik dan operasi bulanan mereka serta untuk membayar bil-bil PRU14 yang masih belum dijelaskan.

Sebelum ini, saya telah mendedahkan bahawa PM ke-4 pernah memberi dana parti sebanyak RM1.4 bilion kepada PM ke-5 selepas PM ke-4 bersara pada masa itu.

Setiap parti politik di Malysia ataupun di seluruh dunia ada dana pilihanraya parti mereka masing-masing yang disumbang oleh penyokong-penyokong kepada parti.

Perbelajaan pada masa PRU kebanyakkan di dalam bentuk wang tunai. Ini amalan dari dulu lagi termasuk dalam era PM ke-4. Kalau pada masa bukan PRU, memang tidak terdapat wang tunai yang banyak.

Boleh baca di sini.

Saya harap pihak polis dan mahkamah boleh mempercepatkan proses ini supaya dana ini boleh dikembalikan dengan selamat kepada UMNO secepat mungkin.

Leave a Reply