Biasanya indeks harga pengeluar (iaitu kos pengeluaran atau bahan mentah)…

By Tuesday June 8th, 2021 No Comments

Biasanya indeks harga pengeluar (iaitu kos pengeluaran atau bahan mentah) akan naik dulu sebelum kadar inflasi naik kemudian.

Jelas dari graf-graf berdasarkan data rasmi BNM dan Jabatan Perangkaan bahawa inflasi sudah dan akan menjadi satu masalah yang besar pada bulan-bulan mendatang jika tiada sebarang langkah diambil kerajaan untuk meredakannya atau mengurangkan tekanan.

Kerajaan PN perlu ingat bahawa keadaan di mana ekonomi masih menguncup tetapi inflasi mencanak naik pula dipanggil STAGFLASI – iatu keadaan paling buruk dan paling menyeksa Rakyat.

Jangan hanya terus menafi ada kenaikan harga barang atau kata kenaikan harga ketika ini adalah sangat munasabah.

Kenapa inflasi mencanak naik sekarang?

Ini penjelasan Jabatan Perangkaan Malaysia bulan lalu:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157904511940952?__tn__=%2CO*F



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157939061850952/

Leave a Reply