Biar betik! Grafik ini adalah dari survey yang diterbitkan hari ini oleh…

By Monday November 16th, 2020 No Comments

Biar betik!

Grafik ini adalah dari survey yang diterbitkan hari ini oleh syarikat milik orang PPBM (yang telah dilantik pengerusi MDEC oleh kerajaan PN) bagi suku-3 tahun 2020.

Depa kata sokongan kaum Cina, India dan kaum bumiputera lain pada UMNO adalah paling tinggi.

Lebih tinggi berbanding DAP.

Di kalangan kaum Cina, survey kata 26% sokong UMNO, 17% sokong DAP dan 12% sokong MCA.

Mungkin orang Cina dah tak tahan dengar “Ringgek, Ringgek”.

Syarikat PPBM itu juga kata tahap sokongan Melayu pada UMNO adalah paling tinggi iaitu sebanyak 51%.

PPBM dapat 7% sokongan Melayu manakala Pejuang PETAI terima sokongan 8%. Parti PAS kekal tinggi pada tahap 21%.

Parti PAN pula cuma dapat sokongan 1% orang Melayu dan 1% orang Cina manakala 0% kaum India sokong PAN.

Malah PAN kalah juga dengan parti Gerakan!

Lid, oh Lid!

https://drive.google.com/file/d/1NlrbhqkUuv7F6j3HHa7dIkkH4JLkqRKg/view



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157494669730952/

Leave a Reply