News_archive

Biar Bank Negara Ulas Pengaliran Keluar Wang Haram, Kata Najib

By Friday January 21st, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) — Bank Negara Malaysia akan membuat ulasan khas tentang laporan berita yang mengatakan Malaysia menduduki tempat kelima di kalangan negara-negara yang mencatatkan pengaliran keluar wang haram paling banyak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Boleh ada banyak sebab, tetapi biarlah Bank Negara yang membuat komen khas tentang itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dana Belia 1Malaysia di sini Jumaat.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berita internet tentang pengaliran keluar wang haram dari Malaysia berdasarkan laporan oleh badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI).

Menurut laporan itu pengaliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) yang, lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (AS$68.2 bilion).

Sumber : Bernama

Leave a Reply