Beza 4 hari sahaja tapi ada risikonya. Tak sampai sebulan dahulu pada 20…

By Monday December 14th, 2020 No Comments

Beza 4 hari sahaja tapi ada risikonya.

Tak sampai sebulan dahulu pada 20 Nov 2020, KP Kesihatan pernah kata:

“data dikumpul kementerian mendapati 7% daripada mereka yang tiba dari Sabah, dikesan positif pada hari ke-13 walaupun keputusan ujian hari pertama mereka adalah negatif.”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/756445/covid-19-individu-tiba-dari-sabah-perlu-pakai-gelang-kuarantin-jalani

Adakah ini bermakna 7% kes yang positif dari luar negara akan terlepas dan menular ke negara kita?

Kita belum lupa peristiwa kluster Sivagangga di mana seorang individu sahaja yang pulang dari India dengan virus Covid yang telah bermutasi dan sehingga itu belum dijumpai di Malaysia telah menyebabkan ribuan orang di utara Semenanjng Malaysia terjangkit.

Alasan diberi kerajaan semalam kenapa tempoh kuarantin wajib bagi mereka yang pulang dari luar negara dikurangkan dari 14 hari ke 10 hari adalah beberapa negara telah turut memendekkan tempoh kuarantin.

Antara yang disebut KKM ialah Perancis, UK, Jerman dan Belgium.

Tapi setakat semalam Perancis telah mencatat 2,376,852 kes (+11,533 kes baru semalam), UK 1,849,403 kes (+18,447), Jerman 1,338,483 kes (+17,891) dan Belgium 605,966 (+2,807).

Semasa negara Perancis memendekkan tempoh kuarantin pada awal September lalu, Ketua Eropah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah memberi amaran keras bahawa mengurangkan tempoh kuarantin wajib dengan sedikit sahaja akan memberi impak yang amat besar kepada penularan Covid.

“Dr. Hans Kluge said that ‘even a slight reduction in the length of the quarantine’ could have a significant effect on the spread of the virus which returned to ’alarming rates of transmission”
https://www.thegardnernews.com/ZZ/news/20200917/who-europe-chief-urges-nations-to-keep-up-virus-quarantines

Dan dia terbukti betul sebab masa Perancis memendekkan tempoh kuarantin pada 7 September, negara melaporkan 4,000 kes baru sehari dengan jumlah kes sebanyak 328,000 kes.

Tetapi setelah dipendekkan tempoh kuarantin, Perancis pernah melapora setinggi 88,000 kes baru dalam sehari dan jumlah kes telah naik lebih 7 kali ganda dari 328,000 ke 2.38 juta kes dalam masa 3 bulan sejak kuarantin dilonggarkan.

Saya sokong ahli-ahli perniagaan yang telah ditapis dan mereka yang telah divaksin dari negara-negara “green zone” yang tidak melaporkan penularan tempatan untuk diberikan kelonggaran untuk masuk ke Malaysia tanpa kuarantin wajib.

Tapi adakah ianya wajar bahawa semua pelawat dari luar negara – terutama dari negara-negara yang masih mencatat puluhan ribu atau ratusan ribu kes baru sehari seperti USA dipendekkan tempoh kuarantin?

Perlu ingat ialah negara jiran Singapura pernah memendekkan tempoh kuarantin bagi pelawat dari Malaysia dari 14 hari ke 7 hari pada bulan September.

Tetapi setelah gelombang ketiga di Malaysia tidak terkawal, Singapure melanjutkan semula tempoh kuarantin ke 14 hari.

Pada pendapat saya kelonggaran untuk memendekkan tempoh kuarantin tidak boleh diberi secara sama rata dan kita masih perlu berhati-hati dengan pelawat dari negara berisiko tinggi.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157553035590952/

Leave a Reply