Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Betapa hipokritnya pemimpin PH. Masa Shafie bubar DUN Sabah pada akhir... - Najib Razak

Betapa hipokritnya pemimpin PH. Masa Shafie bubar DUN Sabah pada akhir…

By Monday October 5th, 2020 No Comments

Betapa hipokritnya pemimpin PH.

Masa Shafie bubar DUN Sabah pada akhir bulan Julai, kes Covid-19 di sana sudah naik semula dengan wujudnya penularan tempatan dan adalah lebih tinggi berbanding masa sekarang id Sarawak.

(Sejak dua minggu lepas, Sarawak cuma rekodkan 3 kes Covid – kesemuanya kes import. Tiada penularan tempatan)

Masa DUN Sabah dibubarkan, PH sokong penuh.

Tapi bila Sarawak kata mereka perlu buat pilihanraya negeri dalam masa terdekat, orang PH mengamuk.

Sarawak tak kata pun nak buat sekarang.

Untuk rekod, DUN Sarawak akan dibubar secara automatik pada 7 Jun 2021 setelah genap 5 tahun selepas PRN 2016 pada bulan Mei 2016.

Orang PH mengamuk kerana ketiga-tiga parti mereka – iaitu PKR, Amanah dan DAP ada di Sarawak. UMNO, MCA, MIC serta PPBM tiada kat sana.

Jika Sarawak buat PRN sekarang maka PH bimbang mereka akan kalah teruk selepas kegagalan 22 bulan mereka dan pemimpin PH dari semenanjung Malaysia dan Sabah mungkin akan mengalami masalah untuk berkempen di Sarawak memandangkan jumlah kes Covid di luar Sarawak lebih tinggi.

(Rasanya mereka bimbang Kit Siang tak berpeluang pakai baju cantik berwarna-warni untuk berkempen di Sarawak seperti apa dia buat di Sabah bulan lepas)

Yang mereka fikir menguntungkan mereka, PH sokong penuh. Kata ini demokrasi dan mandat rakyat walaupun DUN Sabah tak perlu pun dibubarkan sehingga tahun 2023.

Boleh serah kuasa di Sabah sahaja sebagaimana PH rampas kuasa pada tahun 2018 selepas beberapa ADUN BN Sabah melompat.

Tapi mereka kata mereka sanggup mati daripada serah kembali kuasa. Lalu DUN Sabah dibubarkan dengan sokongan penuh PH. Akhirnya kalah juga dan kuasa diserahkan kembali.

Bila tak menguntungkan mereka, PH kata ini malapetaka walaupun PRN Sarawak adalah mandatori mengikut perlembagaan mereka sebab tempoh 5 tahun sudah nak selesai.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157401980805952/

Leave a Reply