Berjuta Rakyat berhutang budi pada skim mikro-kredit Amanah Ikhtiar Malaysia…

By Thursday February 25th, 2021 No Comments

Berjuta Rakyat berhutang budi pada skim mikro-kredit Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Berpuluh ribu usahawan dan peniaga kecil dilahirkan AIM.

Rekod AIM amat baik. Lebih 99.2% peminjam berjaya melunaskan hutang kepada AIM.

AIM dimulakan dengan pinjaman RM858 juta dari kerajaan.

Dari masa ke semasa AIM telah menggunakan keuntungan mereka untuk membayar balik pinjaman ini mengikut kemampuan mereka walaupun kerajaan BN dahulu masa saya PM tak pernah paksa.

Bayaran AIM kepada kerajaan:
2010: Kerajaan salur lagi RM165 juta pada AIM
2011: RM20 juta dibayar kembali tapi kerajaan salur RM120 juta lagi
2012: RM45 juta
2013: RM10 juta
2015: RM2 juta
2016: RM7 juta
2017: RM8 juta

Namum setelah kerajaan bertukar:
2019: RM14.5 juta dibayar AIM kepada kerajaan
Feb 2021: RM100 juta dibayar AIM kepada kerajaan.

Pada masa pandemik ini, kerajaan PN patut salurkan lebih banyak dana kepada AIM untuk dipinjam semula kepada peniaga kecil.

Bukan minta AIM membayar balik kepada kerajaan pulak.

Lagi mengejutkan ialah media melaporkan bahawa ada usaha untuk menjual AIM kepada sebuah syarikat swasta dan kerajaan PN sudah bersetuju secara prinsip pada awal bulan Februari ini.

“25 Feb 2021: Amanah Ikhtiar jadi tumpuan lepas syarikat swasta dirancang bantu bayar hutang”
https://www.malaysiakini.com/news/564268

Alasan untuk syarikat swasta mengambil alih AIM ialah kerajaan mahu tuntut semula semua dana dipinjam kepada AIM.

Kerajaan PN telah menjual sepenuhnya syarikat kimia CCM serta sebahagian KLCC dan MISC pada tahun lepas dan menjual sepenuhnya syarikat semikonduktor Silterra pada bulan lepas.

Sekarang kerajaan nak jual AIM pula?

Harap laporan media hari ini tidak benar.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157725627485952/

Leave a Reply