Berita utama Mkini pagi tadi: “15 Ogos 2020: Siapa Gnanaraja dalam projek…

By Saturday August 15th, 2020 No Comments

Berita utama Mkini pagi tadi:

“15 Ogos 2020: Siapa Gnanaraja dalam projek terowong dasar laut P Pinang?”

Pada bulan April 2019, Gnanaraja didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana menerima bayaran RM19 juta daripada pemilik syarikat terowong untuk cubaan menutup siasatan SPRM ke atas projek terowong.

Mkini lapor tadi:
https://www.malaysiakini.com/news/538729

“Gambar bersama Guan Eng

Pada Mac 2018, gambar Gnanaraja bersama Lim tersebar dan secara tidak langsung menimbulkan kecurigaan mengenai hubungan mereka.

Lim menafikan dirinya mengenali Gnanaraja secara dekat.

Sebaliknya, Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataannya, menyatakan bahawa sebagai seorang pemimpin yang dikenali ramai, Lim berhak bergambar kenangan bersama sesiapa yang dikehendakinya.

Kenyataan itu juga berkata, sebagai seorang yang dikenali, Lim pernah bergambar dengan ramai personaliti dan beliau tidak mampu mengingati berapa banyak atau di mana gambar itu dirakamkan.”

Jadi, hentilah fitnah Guan Eng!!

Guan Eng mana ada dekat dengan Gnanaraja?

Guan Eng cuma banyak kali meeting dengan dia termasuk melawat ke rumah dia di Kuala Lumpur dan bergambar mesra bersama dia dalam kereta Mercedes pemilik syarikat terowong.

(pelik kenapa Mkini tak lapor fakta-fakta ini)

Sebagai seorang pemimpin yang dikenali ramai, memang tugas Guan Eng untuk banyak kali bermesyuarat dan melawat rumah pelbagai personaliti yang dia tak kenal, tak ingat dan tak rapat.

Ini kisah lucu di sebalik penafian Guan Eng:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157269870305952

Posting FB Mkini: Who is G Gnanaraja in the Penang undersea tunnel project
https://www.facebook.com/Malaysiakini/posts/10157473390490906

Posting FB Mkini BM: https://www.facebook.com/mkinibm/posts/10152103593989945



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157286829565952/

Leave a Reply