Berita ini amat menyedihkan dan mengundang kemarahan ramai. Kenapa seorang…

By Saturday January 23rd, 2021 No Comments

Berita ini amat menyedihkan dan mengundang kemarahan ramai.

Kenapa seorang pesakit Covid yang mengadu kesakitan dan bergejala tidak diberi tempat di fasiliti rawatan kerajaan?

Sehingga seorang warga emas yang dalam keadaan positif Covid dan berpeluang menjangkiti orang lain perlu pergi ke bank untuk mengeluarkan duit RM40,000 untuk menjalani rawatan Covid di hospital swasta.

Sebuah kerajaan yang tidak mampu menjaga warga sendiri yang jatuh sakit adalah sebuah kerajaan yang gagal segagalnya.

Saya faham jumlah kes aktif Covid sudah melepasi kapasiti sistem kesihatan dan saya telah banyak memberi amaran bahawa ini bakal berlaku pada bulan November dan bulan Disember apabila kerajaan tiba-tiba tarik balik PKPB, tarik balik sekatan rentas negeri, lancarkan kempen pelancongan domestik dan melonggarkan SOP Covid.

Sebab itu, saya saran kerajaan untuk lebih berinovasi untuk mencari jalan bagi menambah kapasiti pusat rawatan kes berisiko rendah agar pesakit yang positif Covid tidak diperlu rawat kendiri serta kuarantin kendiri di rumah atau dipaksa menghabiskan segala simpanan usia tua mereka untuk rawatan hospital swasta yang mahal.

Kita ada banyak hotel-hotel yang sudah berhenti operasi sejak pandemik bermula. Kita juga ada banyak kem-kem PLKN yang tidak lagi terpakai.

Kenapa tempat-tempat ini tidak boleh dipulihkan oleh kerajaan untuk menjadi pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah dalam masa yang singkat?

Sila juga bekerjasama dengan pihak polis dan umumkan secara awam bahawa mereka yang positif Covid dan sedang mengalami kesakitan tetapi tidak berjaya berhubung dengan KKM dibenarkan untuk menghubungi talian kecemasan polis untuk mendapat bantuan segera dari pihak KKM.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157639491295952/

Leave a Reply