Berikut adalah senarai Titik Panas (Hot Spot) Covid yang diumum kerajaan PN…

By Saturday May 8th, 2021 No Comments

Berikut adalah senarai Titik Panas (Hot Spot) Covid yang diumum kerajaan PN hari ini.

Antaranya adalah banyak shopping mall popular di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor yang sudah dilaksanakan PKP 3.0.

Ini yang ramai tak faham dengan Kerajaan PN.

Sendiri umum PKP 3.0 untuk melawan Covid.

Lalu, sendiri umum shopping mall adalah hotspot paling berbahaya.

Tapi shopping mall ini juga yang diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk terus beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0 + Darurat.

Jika sudah tahu ianya Hot Spot yang bahaya, apa salahnya untuk tutup mall dalam tempoh PKP 3.0 sepanjang 12 hari atau 14 hari sekiranya niat kerajaan adalah benar-benar untuk lawan Covid dan elak sistem kesihatan lumpuh?

Sekurang-kurangnya hanya benarkan kedai-kedai yang jual barang keperluan sahaja beroperasi dan yang lain tidak dibenarkan kalau kerajaan tak mahu tutup seluruh mall.

Gunakan tempoh tutup ini untuk kerja sanitasi atau untuk pertingkatkan/perbaiki kelemahan SOP.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157875305495952/

Leave a Reply