News_archive

Beri Peluang Barisan Kabinet Najib – Adnan

By Sunday April 12th, 2009 No Comments

KUANTAN, 13 April (Bernama) — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata rakyat perlu menyokong usaha yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menghadapi krisis ekonomi global yang dilihat kian meruncing ketika ini.

Beliau berkata rakyat perlu memberi peluang kepada barisan kabinet yang baru untuk membuktikan kemampuan menghadapi impak krisis ekonomi global yang kini telah mula memberi kesan kepada ekonomi negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menyatakan bahawa kerajaan pimpinan yang baru ini memerlukan tempoh dua tahun bagi membawa perubahan untuk kesejahteraan rakyat dan rakyat perlulah memberi sokongan dan peluang kepada mereka membuktikannya, katanya.

“Ketika ini kita sedang menghadapi krisis ekonomi, dan sewajarnya rakyat menyokong usaha-usaha yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan bagi menghadapi krisis itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat cawangan syarikat Canon Malaysia, di sini Isnin.

Sumber : Bernama

Leave a Reply