Berbulan lamanya, pihak sebelah sana ejek saya kenapa saya kritik kerajaan…

By Thursday July 8th, 2021 No Comments

Berbulan lamanya, pihak sebelah sana ejek saya kenapa saya kritik kerajaan PN tetapi tidak tarik sokongan.

Seperti yang saya kata, saya orang parti dan saya ikut keputusan rasmi parti UMNO.

Kini parti UMNO sudah membuat keputusan rasmi.

Jadi jangan lagi kritik UMNO bahawa kita hipokrit.

Kita buktikan tidak.

Bagi ahli parlimen UMNO dan BN yang masih menyokong Muhyiddin hari ini, ianya pendirian peribadi mereka – bukan lagi selari dengan pendirian rasmi parti.

Jangan dikaitkan lagi pendirian mereka dengan pendirian parti UMNO.

Dan sekiranya ianya pendirian peribadi masing-masing maka mereka akan tanggung akibatnya masing-masing.

Kita sudah sampai ke bulan Julai 2021. Tak sampai dua tahun lagi sudah PRU15. (Rakyat dapat apa sejak PRU14, ya?)

Jadi, paling lama dorang duduk seronok dalam jawatan masing-masing ialah 2 tahun maximum. Lepas itu, menjadi tanda tanya jika mereka masih ada masa depan dalam bidang politik.

Masa itu, Rakyat yang akan pilih siapa jadi ketua kerajaan dan ahli parlimen – bukan katak atau penderhaka.

Rakyat boleh menilai siapa dan parti mana yang lebih layak, lebih kompeten, lebih jujur, yang lebih ada track rekod untuk memulihkan, menyelamatkan dan membangun ekonomi serta negara selepas pandemik.

Rakyat tahu siapa yang bacul dan gila kuasa sehingga perlu melanggar Titah YDP Agong dan Raja-Raja serta mencabul demokrasi negara yang akhirnya menjahanamkan ekonomi dan Rakyat.

Rakyat akan ingat siapa yang buat kerja bodoh seperti mengulang langkah-langkah separuh masak berkali-kali yang terbukti gagal dan akhirnya membawa kepada ribuan pengorbanan nyawa secara sia-sia dan penderitaan memanjang tak terhingga pada Rakyat.

Siapakah yang belanja RM600 bilion duit negara tanpa apa-apa pencapaian ataupun hasil yang nyata walaupun mereka juga yang pernah fitnah dan menipu Rakyat bahawa negara sudah bankrap bawah Najib sehingga mereka perlu korek Tabung KWAN yang dibina masa Najib untuk membiayai sepenuhnya program vaksinasi yang akan menyelamatkan negara.

Rakyat sudah tentu ingat siapa di dalam kerajaan PN dan di luar yang pernah menabur janji-janji kencing masa PRU14 ataupun pernah buat benda bodoh seperti turun ke Jalan Raya untuk tuntut mansuh PTPN atau menghasut Rakyat buang GST lalu mengaku sebenarnya GST ini adalah satu benda baik yang mampu menyelamatkan ekonomi dan mengawal harga barang pada masa krisis.

Dan Rakyat juga akan tertanya-tanya masa itu kenapa ahli parlimen yang lompat ke kerajaan tiba-tiba kes rasuahnya tergugur seperit kes rasuah RM78 juta bekas menteri PH yang melompat ataupun video yang amat jelas menjadi tak HD.

Ya, kawan-kawan. Kalau niat ialah untuk dilepaskan kes, perlu membodek kerajaan – bukan melawan kerajaan.

Pendek kata, yang akhirnya akan tentukan siapa ketua kerajaan dan ahli parlimen dalam tempoh setahun dua sahaja adalah Rakyat – bukan katak atau SD.

Siapa ketua parti UMNO dan BN juga bukan ditentukan oleh berapa SD kamu berjaya kumpul tetapi melalui pemilihan parti yang sudah sampai tempohnya tetapi dihalang oleh MKN untuk dilaksanakan pada tempoh PKP.

Ahli-ahli UMNO yang akan memilih dan mereka akan tahu siapa yang kecut, sorok dan membisu serta siapa yang berani tampil ke depan untuk melawan dan mempertahankan parti tiap-tiap hari dalam tempoh UMNO paling susah dan terancam selepas PRU14.

Ahli-ahli UMNO juga akan ingat siapa menteri serta ahli parlimen UMNO dan BN yang lebih mementingkan jawatan kerajaan sendiri, siapa yang membantu pihak kerajaan memperlekehkan titah Raja-Raja atau lebih mempertahankan pemimpin parti lain berbanding parti sendiri tetapi membuta mata kepada kegagalan bersambung kegagalan kerajaan untuk membantu Rakyat dalam zaman pandemik.

Ahli-ahli UMNO juga akan ingat dan akan membuat kesimpulan sendiri untuk rakaman audio “scheme of things” PM8 yang terang-terang kata ahli-ahli UMNO boleh disogok dengan tawaran jawatan menteri dan GLC.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157996894885952/

Leave a Reply