Audio

Bencana Banjir Luar Biasa Yang Melanda

By Friday January 9th, 2015 No Comments
[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/185170088″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak berbicara mengenai bencana banjir luar biasa yang melanda dan langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Transkrip

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Bencana banjir adalah fenomena yang berlaku di negara kita apabila tibanya musim tengkujuh. Namun pada tahun ini, krisis banjir yang melanda adalah lebih serius daripada biasa. Oleh itu, adalah penting bagi kita mengenalpasti punca berlakunya banjir luar biasa.

Di samping itu, segala SOP berhubung dengan banjir perlulah dikaji semula untuk mengambil kira kemungkinan banjir yang serius dan luar biasa.

Di samping itu, kerajaan sedang mengambil langkah-langkah untuk membantu semua mangsa-mangsa banjir memulihkan keadaan mereka supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka.

Kerajaan juga komited untuk menyediakan peruntukan yang lebih besar dalam Rancangan Malaysia Ke-11 untuk melaksanakan projek-projek yang boleh membendung ancaman bencana banjir.

Sekian sahaja dari saya,

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Leave a Reply