Benar kata Wee Ka Siong. Projek pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang…

By Saturday January 9th, 2021 No Comments

Benar kata Wee Ka Siong.

Projek pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang oleh Malaysia Airports Berhad diluluskan saya dalam bajet 2018. Masa itu, Guan Eng ucap terima kasih pada saya.

“28 Okt 2017: Penang gov’t overjoyed its international airport to be upgraded”
https://www.nst.com.my/news/nation/2017/10/296287/penang-govt-overjoyed-its-international-airport-be-upgraded

Selepas PRU14, Guan Eng umum airport seluruh negara akan diswastakan melalui kaedah REIT.

“5 Nov 2018: Malaysia Airports falls 12% after govt proposed airport REIT”
https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-airports-falls-12-after-govt-proposed-airport-reit

Lalu Guan Eng umum projek pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang akan diswastakan melalui Private Financing Initiative (PFI).

Seperti dalam surat dikongsi Wee Ka Siong, MAHB disuruh runding dengan kroni tegar dia yang banyak mendapat projek di Pulau Pinang semasa dia Ketua Menteri termasuk sebahagian daripada projek PTMP bernilai RM46 bilion.

“3 Mac 2019: RM1.2 bil Penang airport expansion to be done via private financing initiative”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/03/03/rm1-2-bil-penang-airport-expansion-to-be-done-via-private-financing-initiative/

Sebab itu MAHB tidak dapat mulakan projek pembesaran tersebut untuk berbulan-bulan.

Setelah banyak kali penangguhan, akhirnya MAHB umum mereka akan mulakan projek tersebut pada Suku pertama tahun 2020:

“25 Disember 2019: Expansion works for Penang International Airport to start early next year”
https://www.nst.com.my/business/2019/12/550691/expansion-works-penang-international-airport-start-early-next-year

Tetapi krisis Covid tercetus pada suku pertama tahun 2020. Sektor penerbangan adalah antara sektor paling terkesan dan masih belum memulih sehingga kini.

MAHB terima tekanan aliran tunai yang besar dan kurang mampu untuk meneruskan projek pembesaran airport.

“29 Mei 2020: Penang airport expansion project delayed” https://www.nst.com.my/news/nation/2020/05/596227/penang-airport-expansion-project-delayed

Akhirnya dua hari lepas, Guan Eng buat PC untuk tuduh kerajaan PN dan Wee Ka Siong sengaja nak mangsakan orang Pulau Pinang sebab projek pembesaran airport Pulau Pnang tertangguh.

“7 Januari 2021: PN using weapon called ‘Wee’ to victimise Penangites – Guan Eng”
https://www.malaysiakini.com/news/557970

Sendiri tangguh projek sebab mahu kroni masuk sehingga projek tepaksa tertangguh sekali lagi akibat Covid.

Lalu dia salahkan MCA dan kerajaan PN.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157609447800952/

Leave a Reply