News_archive

Belum putus untuk ekstradisi

By Thursday May 28th, 2009 No Comments

PUTRAJAYA 27 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penahanan Mas Selamat Kastari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun bertujuan membolehkan kerajaan memperoleh maklumat tambahan tentang pembabitannya dalam gerakan Jemaah Islamiyah (JI).

Perdana Menteri menjelaskan, buat masa ini Mas Selamat ditahan di negara ini dan kerajaan belum memutuskan untuk mengekstradisi pemimpin JI itu ke Singapura dalam masa terdekat.

‘‘Buat masa ini dia (Mas Selamat) ditahan di Malaysia.

‘‘Dia ditahan sebab kita perlu mengetahui maklumat tambahan tentang pemabitannya dalam JI,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ketua Wakalah JI Singapura itu ditangkap polis Malaysia awal bulan lalu dan dikenakan perintah tahanan selama dua tahun di bawah ISA.

Menurut Najib, beliau percaya kerajaan Singapura juga akan mengambil tindakan serupa sekiranya Mas Selamat ditahan di republik itu.

Mengulas laporan juruaudit terhadap Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), beliau memberitahu, perkara itu ada dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Bagaimanapun, jelas beliau, kerajaan masih mengumpulkan maklumat tambahan mengenai beberapa perkara sebelum laporan berkenaan diumumkan kepada orang ramai.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply