Bekas Timbalan Menteri Kesihatan PH Lee Boon chye ini pun satu lagi. Orang…

By Sunday April 19th, 2020 No Comments

Bekas Timbalan Menteri Kesihatan PH Lee Boon chye ini pun satu lagi.

Orang yang pernah sebut kerajaan PH mungkin pertimbangkan langkah off air-con untuk hentikan penularan Covid kata kerajaan PH tak ada isu untuk meluluskan acara tabligh 16,500 orang jika semua peserta adalah orang tempatan.

Dia kata Menteri Kesihatan akan hentikan kelulusan acara itu jika mereka tahu peserta dari negara asing akan hadir ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur itu.

“Then, there was no Covid-19 transmissions within the local community. We know because the health ministry was conducting surveillance, so a public gathering among Malaysians was not a problem.”

“We (health ministry) would not have known there would be foreign participants joining the gathering, otherwise, we would have stopped it.” kata Lee.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/04/19/former-deputy-health-minister-hits-out-at-najib-over-covid-19-remarks/

Alasan ini langsung tak masuk akal kerana:

1. Setiap tahun, warga asing akan hadir ijtimak tabligh ini. Kerajaan PH termasuk Menteri WP dan Menteri Jaga Agama mereka tak sedar?

2. Antara yang dipercayai merupakan sumber penularan Covid ialah seorang warga Malaysia yang baru pulang dari Korea Selatan. Dia bukan warga asing.

3. Lagipun pada pagi hari PH tumbang, Lid juga melancarkan Fiesta belun udara panas antarabangsa. Adakah Fiesta antarabangsa juga akan halang warga asing?

Nampaknya memang benar kata Lid.

Kerajaan PH dahulu memang tak ada isu untuk luluskan acara tabligh 16,500 peserta ini.

Tak pernah ada niat untuk halangkan acara itu atau mana-mana acara umum pun sebelum mereka tumbang.

Maka, PH perlu bertanggungjawab untuk kluster Covid terbesar negara.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156946512025952/

Leave a Reply