News_archive

Bekas Ketua Penulis Blog Barack Obama Puji Pendekatan Najib

By Tuesday May 15th, 2012 No Comments

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) — Sam Graham-Felsen, bekas ketua penulis blog Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, memuji langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meraikan rakan Internet beliau pada majlis sarapan dan jamuan petang sebagai sebahagaian daripada pendekatan baru untuk mendampingi pelbagai kumpulan masyarakat di negara ini.

Graham-Felsen, yang berkhidmat sebagai penulis blog Obama pada pemilihan presiden 2008, berkata Obama juga mengamalkan pendekatan serupa iaitu melalui “Dinner with Barack”.

“Majlis makan malam merupakan peluang terbaik bagi orang biasa untuk berkongsi pengalaman dengan presiden dan saya rasa (menjadi hos sarapan dan jamuan teh) merupakan langkah yang cukup baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada majlis makan tengah hari bertajuk ‘Daripada Satu Klik Kepada Satu Gerakan: Bagaimana Media Sosial Mengubah Organisasi Anda dan Dunia’, di sini, Sabtu.

Graham-Felsen diminta mengulas majlis sarapan yang dihoskan Najib bagi empat pengikut Twitternya di Chawan Restaurant di Bangsar, di sini Sabtu. Beliau berkata pertemuan seperti itu juga akan memberi peluang kepada pemimpin untuk mendengar keluhan dan sungutan orang kebanyakan.

Source : Bernama

Leave a Reply