Begitu cepat masa berlalu. Kira-kira dah 64 tahun sudah. Pada 1 Julai…

By Tuesday July 7th, 2020 No Comments

Begitu cepat masa berlalu.

Kira-kira dah 64 tahun sudah.

Pada 1 Julai 1956, FELDA ditubuhkan bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.

FELDA ini merupakan inisiatif dan legasi Allahyarham ayahanda saya.

Mengapa FELDA?

Dahulu masa kecil, Allahyarham ayahanda pernah berkaki ayam ke sekolah dengan kawan-kawannya.

Ramai yang kurang berkemampuan. Kasut tak mampu beli. Nak beli peralatan sekolah? Buku? Alat tulis? Beg sekolah?

Susah.

Amat susah dan pahit kehidupan dulu di luar bandar.

Dari pengalaman hidup ayahanda ini dan pengamatannya sepanjang masa membesar, ayahanda tetapkan satu misi hidupnya.

Bantu orang kampung. Bantu orang susah.

Maka FELDA dilaksanakan dan dibangunkan.

Ayahanda juga mendidik kami adik beradik dan saya jika ada peluang berkhidmat dan bantu rakyat kelak.

Ingatlah 2 perkara – pembangunan dan kebajikan.

Sepanjang masa ini, para peneroka telah diberikan kehidupan yang lebih baik.

Alhamdulillah ada pendapatan yang stabil dan mencukupi.

Penempatan dengan komuniti yang amat selesa.

Hari ini, kita dapat lihat hasilnya.

Baru-baru ini di PRK Chini saya ada berjumpa dengan ramai peneroka.

Anak-anak, cucu-cucu kepada peneroka Felda generasi pertama amat berjaya.

Ada yang jadi doktor, peguam, pakar IT, ada yang kerja di perkhidmatan awam. Ada juga yang pernah sampai Everest!

Sepanjang 2 tahun selepas PRU14, saya berpeluang bertemu dengan ramai peneroka Felda seluruh negara.

Amat sengsara hidup bawah PH. Dari ada pendapatan tinggi, bantuan, geran dan macam-macam insentif bawah BN, kepada kekosongan dan kesusahan hidup bawah PH.

Hari ini peneroka tahu. Apa sebenarnya agenda PH. Siapa sebenarnya Mazlan Aliman.

Kita perlu perbetulkan banyak kerosakan PH dan kembalikan pembangunan dan kebajikan kepada FELDA.

Insya-Allah, sama-sama kita usahakan.

Selamat menyambut Hari Peneroka kepada seluruh warga Felda.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157188661985952/

Leave a Reply