Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Beberapa minggu lalu, saya telah memberi cadangan untuk melibatkan pihak... - Najib Razak

Beberapa minggu lalu, saya telah memberi cadangan untuk melibatkan pihak…

By Sunday February 28th, 2021 No Comments

Beberapa minggu lalu, saya telah memberi cadangan untuk melibatkan pihak swasta dalam program vaksinasi negara.

Kerajaan masih belum menjawab tapi negara Indonesia menjadi negara pertama di dunia membenarkan pihak swasta mengendalikan skim vaksinasi COVID serentak dengan program inokulasi dilaksanakan kerajaan mereka.

Negara kita perlu mencapai tahap 75% hingga 80% daripada SEMUA penduduk Malaysia (termasuk bukan warganegara) sebelum kita mencapai imuniti kelompok (herd immunity) untuk membebaskan negara dari ancaman Covid.

Selagi semua orang tak selamat, kita semua tak selamat.

Namun, kerajaan juga perlu memainkan peranannya untuk mempercepatkan proses vaksinasi dengan memastikan bekalan vaksin terjamin dan juga mengambil kesempatan kemungkinan besar bekalan vaksin akan melebihi permintaan tak lama lagi.

Kenapa saya percaya bekalan vaksin akan melebihi permintaan:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157681715645952

Rancangan kerajaan sekarang ialah untuk menyediakan 605 pusat pemberian vaksin seluruh negara supaya 70% daripada penduduk dapat diberi vaksin seawalnya pada bulan Februari 2022.

Ini adalah lambat berbanding banyak negara-negara yang sasar untuk 75% daripada penduduk diberi vaksin seawal bulan Julai tahun ini.

Sebab itu, ianya adalah kesilapan besar jika hospital swasta dan 7,000 buah klinik swasta seluruh negara tidak dilibatkan dan diberi peranan.

Doktor dan nurse klinik dah biasa dengan memberi pelbagai suntikan dan semua rakyat tahu di mana terletaknya klinik terdekat dengan mereka.

Walaupun kita dah lama ada hospital dan klinik kerajaan yang percuma, ramai rakyat juga sanggup untuk membayar untuk menerima rawatan di hospital dan klinik swasta.

Sebab itu, saya percaya ramai Rakyat akan sanggup membayar sedikit kos untuk menerima vaksin di klinik swasta juga.

Tiada sebab kenapa kerajaan boleh membenarkan pihak swasta untuk membuat ujian Covid tetapi tidak membenarkan pihak swasta untuk memberi vaksin Covid.

Pihak swasta juga ada hubungan mereka dengan pembekal ubat dan vaksin seluruh dunia dan mampu mencari dan membawa masuk bekalan vaksin Covid apabila pengeluaran vaksin Covid dunia melebihi permintaan tidak lama lagi.

Kerajaan tidak rugi apa-apa jika kita melibatkan pihak swasta selagi vaksin yang dicari dan ditawarkan pihak swasta telah diluluskan KKM.

Saya juga rasa doktor-doktor tidak akan bertarung lesen mereka untuk membekal vaksin palsu.

Dengan ini, beban ke atas 605 pusat pemberian vaksin kerajaan juga akan dikurangkan manakala kadar pemberian vaksin negara juga boleh dinaikkan agar negara capai imuniti kelompok secepat mungkin.

Lagi awal kita capai imuniti kelompok, lagi awal negara pulih dan lagi awal rakyat boleh bernafas semula.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157731968685952/

Leave a Reply