Beberapa bulan lalu, saya melayari laman Twitter saya dan antara yang…

By Friday December 21st, 2012 No Comments

Beberapa bulan lalu, saya melayari laman Twitter saya dan antara yang menarik perhatian saya adalah seperti berikut.

Secara peribadinya saya tidak mengenali Fariza dan Adly mahupun pernah berhubung dengan salah seorang daripada mereka. Satu-satunya cara yang memperkenalkan saya dengan mereka adalah menerusi Tweet ini. Dengan melakukan ‘Retweet’ terhadap ucapan selamat hari jadi itu, ia mungkin memberi satu kelainan kepada rakan-rakan serta ahli keluarga mereka. Tanpa cara ini, tidak mungkin ucapan tersebut sampai kepada saya.

Bagaimanapun, ia tidak hanya terhenti kepada sekadar memberi ucapan. Dengan pelbagai medium media sosial hari ini, saya mampu melakukan banyak perkara, iaitu daripada mendapatkan maklumbalas mengenai bajet negara pada tahun hadapan sehinggalah kepada menerangkan kepada semua rakyat Malaysia mengenai dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh kerajaan. Saya kini boleh menghantar perkembangan terkini di mana-mana sahaja. Media sosial kini sangat memudahkan kehidupan harian kita.

Meskipun media sosial mempengaruhi kehidupan kita pada hari ini, namun, saya masih beranggapan perlunya untuk saya turun padang dan bertemu dengan Rakyat secara peribadi. Dengan kenyataan itu, mungkin anda akan menganggap saya sebagai seorang yang sangat tradisional, tetapi pada saya, dalam beberapa perkara lebih baik jika ia dilakukan secara bersua muka. Laporan yang saya terima sudah pasti tidak sama sekiranya saya sendiri turun padang dan melihat sendiri apa yang sedang dilalui oleh Rakyat. Saya lebih gemar mendengar mendengar sendiri daripada ahli perniagaan sehinggalah kepada suri rumah mengenai masalah kesihatan mahupun mengenai masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.

Segala masalah yang diceritakan itu kebiasaannya akan saya sampaikan kepada agensi kerajaan bertanggungjawab untuk diambil tindakan selanjutnya agar kita dapat sama-sama mengubah kehidupan kita menjadi yang lebih baik daripada sebelum ini.

Ini sekali gus menunjukkan bahawa mendengar denyut nadi rakyat sangat membantu kerajaan mencari jalan penyelesaian terbaik. Sebagai contoh, selepas mendengar keluhan ‘makcik-makcik’ mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat, kerajaan memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban Rakyat. Bagi memastikan semua rakyat berkemampuan mendapat rawatan perubatan, Klinik 1Malaysia pula diperkenalkan. Segala pandangan serta maklumbalas anda akan terus didengari secara dalam talian. Pada Bajet 2013 lalu, saya menerima banyak pandangan bernas daripada rakyat yang memberi maklumbalas mengenainya. Anda boleh menbacanya di sini(http://1malaysia.com.my/my/blog/budget-2013-i-want-your-views/) dan di sini(http://1malaysia.com.my/my/blog/thank-you-for-your-contributions/).

Teknologi telah membawa kita ke satu tahap yang lebih tinggi dan ia sekali gus membolehkan kita untuk terus membangunkan negara. Tetapi ia memerlukan komitmen dan semangat dedikasi untuk menghasilkan keputusan yang cemerlang. Kerajaan Barisan Nasional selama ini telah bekerja keras untuk menepati setiap janji kami yang telah memberi manfaat kepada setiap Rakyat. Rekod cemerlang Kerajaan Barisan Nasional itu akan diteruskan agar satu keputusan yang mampu memberi manfaat terbaik untuk rakyat dapat dihasilkan.

Meskipun media sosial mempengaruhi kehidupan kita pada hari ini, namun, saya masih beranggapan perlunya untuk saya turun padang dan bertemu dengan Rakyat secara peribadi



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/511017622251851/

Leave a Reply