Baru-baru ini di Kuala Selangor, saya amat gembira apabila melihat tiada…

By Monday February 6th, 2017 No Comments

Baru-baru ini di Kuala Selangor, saya amat gembira apabila melihat tiada karpet merah dan bunga manggar digunakan, sebaliknya saya disambut mesra oleh penduduk tempatan, sepertimana yang saya mahukan dan pernah saya luahkan tidak lama dahulu.

Tahniah kepada penganjur.

Bagi saya, kesemua perhiasan ini tidak penting dan hanya menjarakkan saya dengan rakyat, seolah-olah ada protokol dan saya sukar didekati.

Kurangkanlah kesemua ini kerana saya lihat ia sebagai satu pembaziran. Elakkan sekiranya boleh kecuali bila protokol rasmi diperlukan seperti program bersama tetamu dari luar negeri.

Saya mahu semua pemimpin Barisan Nasional dan pegawai-pegawai kanan kerajaan ingat bahawa fokus utama kita adalah interaksi antara rakyat dengan pemimpin, bukan protokol-protokol yang mengekangkan.

Saya harap pendekatan sebegini dapat diteruskan dalam semua program-program akan datang yang melibatkan saya atau pemimpin lain.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10154159929890952/

Leave a Reply