Blog

Bantuan Bekalan Air Dan Pembaikan Sekolah Daif Sarawak

By Monday May 2nd, 2016 No Comments

Hari ini, ketika merasmikan Sekolah Kebangsaan Pusa, saya telah membuat beberapa pengumuman projek yang akan memanfaatkan rakyat Sarawak.

WhatsApp-Image-20160502

Pertamanya, saya diberitahu oleh calon Barisan Nasional DUN Beting Maro, Razaili Gapor, bahawa penduduk di sini memerlukan bantuan memperbaiki bekalan air.

Saya bersetuju dengan permintaan ini bagi memenuhi keperluan masyarakat tempatan dan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM54.3 juta bagi penyambungan bekalan air paip dan pembesaran paip sedia ada.

WhatsApp-Image-20160502-1

Keduanya, Kerajaan juga bercadang menyiapkan kerja pembaikan 183 buah sekolah daif di Sarawak. Langkah ini amatlah penting bagi membolehkan anak-anak Sarawak, generasi masa depan kita, mendapat peluang pendidikan dalam keadaan selamat dan selesa untuk kehidupan yang lebih baik kelak, terutamanya bagi golongan B40 dan penduduk masyarakat di luar bandar.

Sejak saya menjadi Perdana Menteri, dasar kerajaan Persekutuan bersama dengan kerajaan negeri di bawah Tan Sri Adenan Satem lebih tertumpu kepada meningkatkan taraf kehidupan rakyat di luar bandar.

Saya memberi komitmen dan jaminan bahawa agenda ini akan diteruskan oleh Kerajaan Barisan Nasional di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

WhatsApp-Image-20160502-3

Leave a Reply