Bangun pagi tadi saya lihat tarikh. Oh. 11 Jun. Ya. Ramai orang kaitkan…

By Friday June 11th, 2021 No Comments

Bangun pagi tadi saya lihat tarikh.

Oh. 11 Jun.

Ya. Ramai orang kaitkan saya dengan nombor 11 dahulu.

Dikatakan pilihan saya. Apapun orang nak kata, tidak mengapa.

Hanya saya seorang yang tahu dan di hati saya selalu.

11 Jun ini tarikh hari lahir bonda. Arwah bonda lahir pada tahun 1933.

Fikir balik, banyak yang telah dilaluinya.

Dari zaman penjajahan dan kezaliman sebelum kemerdekaan.

Ke Hari Kemerdekaan, kemudiannya pembentukan Malaysia.

Diikuti darurat dan pembangunan luar bandar bersama ayahanda.

Bonda lihat dan lalui segalanya bersama ayahanda. Susah dan senang bersama Malaysia, rakyat Malaysia.

Mendidik dan membesarkan saya dan adik beradik.

Jika bonda masih ada, hari ini berumur 88 tahun.

Kebiasaannya kami semua akan berkumpul bersama di rumah bonda, sambut birthday.

Sampai kami besar pun, bonda masih berpesan kepada kami. Jaga diri baik-baik, jaga pemakanan, jaga kesihatan.

Guys, sama juga kan dengan keluarga sendiri?

Bonda juga gembira lihat semua cucu-cucunya. Selalu ingatkan mereka bahawa pendidikan amat penting dan kena berusaha sebaiknya.

Tiada lagi, tiada lagi peluang kami dengar suara bonda, cium tangan bonda.

Hanya dapat memanjatkan doa.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh arwah bonda dan ayahanda.

Al-Fatihah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157943952615952/

Leave a Reply