News_archive

Bajet 2012 Tumpukan Kepada Mengurangkan Kos Kehidupan

By Monday September 26th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) — Bajet 2012 dijangka mengumumkan langkah-langkah mengurangkan kos kehidupan serta memberikan peruntukan yang lebih besar untuk projek-projek infrastruktur, terutamanya, untuk kawasan luar bandar, kata ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan.

Beliau berkata bajet itu dijangka menangani isu-isu ini dan kemungkinan besar dengan cara mengurangkan cukai pendapatan persendirian terutamanya untuk kumpulan berpendapatan sederhana, dalam usaha meningkatkan kelebihan daya saing negara.

“Tetapi, kita faham yang cukai-cukai alternatif akan diperkenalkan dan ia lebih berasaskan penggunaan dan bukannya pendapatan.

“Jadi, terdapatnya peluang yang kita mungkin lihat lebih banyak cukai ke atas utiliti telekomunikasi dan air,” kata beliau dalam tembual dengan Bernama Isnin.

Dr Nazri juga menjangkakan kenaikan cukai akan dikenakan ke atas minuman keras dan rokok.

Ditanya bagaimana bajet ini akan memberi kesan kepada pasaran saham, beliau berkata, saham yang berkaitan politik, berkaitan kerajaan, mungkin mendapat rangsangan dari segi harga saham serta penambahbaikan secara asas.

Beliau berkata saham-saham seperti United Malaya Land Bhd, Malaysian Resources Corp Bhd dan Gamuda Bhd beserta saham pendidikan seperti Seg International Bhd dan Help International Corp juga boleh mendapat manfaat daripada pengumuman bajet ini.

“Kebimbangan kita ialah perkembangan global di mana kita melihat faktor-faktor negatif terutamanya di AS dan Eropah,” kata beliau sambil menambah kemungkinan terdapatnya beberapa kerancakan (rali) seminggu sebelum bajet dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Okt.

Sumber : Bernama

Leave a Reply