Baiklah. Kita percaya Kementerian Pendidikan dulu. Negara kita mengamalkan…

By Sunday July 4th, 2021 No Comments

Baiklah. Kita percaya Kementerian Pendidikan dulu.

Negara kita mengamalkan gaji minimum RM1,200 sebulan di wilayah bandar utama dan RM1,100 di luar bandar.

Walaupun masih rendah (manifesto BN ialah ianya dinaikkan ke RM1,500 pada penggal PRU14 ini), ia patut dihormat sebab ianya undang-undang.

Jika ada cleaner sekolah atau mana-mana pekerja yang dibayar rendah dari kadar itu atau langsung tidak dibayar gaji, sila laporkan majikan masing-masing.

Dan sekiranya majikan boleh buktikan kepada kerajaan bahawa mereka memang tidak mampu untuk bayar gaji akibat perniagaan serta aliran tunai mereka terkesan dalam Total Lockdown maka kerajaan ada tanggungjawab untuk memastikan bantuan atau soft loan dari bank diberi secepat mungkin kepada majikan yang terkesan.

Apa gunanya kuasa kerajaan serta pemilikan saham majoriti kerajaan dalam bank-bank jika pekerja dibiarkan menderita tanpa gaji sedangkan kemelut hari ini bukan salah pekerja atau majikan?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157989296015952/

Leave a Reply