Bagi menyelesaikan masalah orang yang dibenarkan berkerja tidak sempat…

By Tuesday January 19th, 2021 No Comments

Bagi menyelesaikan masalah orang yang dibenarkan berkerja tidak sempat membeli makanan untuk makan malam selepas waktu kerja tamat, kerajaan ada 4 pilihan:

CARA 1: Buat MCO yang seketat-ketatnya seperti MCO pertama bulan Mac lepas dan terus memberi kelonggaran bagi take-away di kedai makan dan khidmat penghantaran makanan sehingga 8pm.

Masa PKP pertama tahun lalu, masalah tak sempat membeli makanan tidak pernah timbul.

Ini ialah pilihan terbaik sebab keberkesanan untuk menurunkan penularan Covid adalah paling tinggi agar kita tak lanjut PKP berulang kali dan sistem penyampaian kesihatan yang sudah kritikal boleh dipulihkan dalam masa yang paling singkat.

CARA 2: Pendekkan masa bekerja dibenarkan masa PKP bagi semua sektor selain sektor makanan ke 6.30pm supaya pekerja masih ada masa 1 1/2 jam (termasuk masa menghadapi roadblock) untuk membeli makanan sebelum pulang ke rumah.

CARA 3: Lanjutkan masa yang dibenarkan bagi sektor makanan dan food delivery ke 9:30pm.

CARA 4: Tak buat apa-apa. Telan sahaja apabila orang ramai tag kamu dengan hashtag #SiBodohKauDengarSini



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157630976185952/

Leave a Reply