Bagi kali kedua tahun ini, Bank Dunia telah turunkan unjuran pertumbuhan…

By Wednesday June 23rd, 2021 No Comments

Bagi kali kedua tahun ini, Bank Dunia telah turunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia setelah kerajaan PN gagal bendung Covid dan melaksanakan Darurat.

Unjuran terbaru Bank Dunia ialah +4.5% berbanding unjuran rasmi kerajaan PN sebanyak +6% hingga +7.5% yang diberi dalam bajet 2021.

Namun unjuran Bank Dunia masih lebih tinggi berbanding unjuran 4% diberi Standard and Poors semalam dan juga oleh lain-lain penganalisis ekonomi sejak minggu lepas.

Bajet dan nisbah hutang negara akan jauh tersasar bagi tahun ini sekiranya unjuran 6% hingga 7.5% kerajaan tidak tercapai dan ini akan membawa kepada penurunan taraf Malaysia sekali lagi pada akhir tahun setelah syarikat penarafan kredit Fitch downgrade Malaysia kepada ‘BBB+’ dari ‘A-‘ pada akhir tahun lepas.

Bank Dunia juga kata kadar purata perkembangan ekonomi dunia pada tahun lepas adalah negatif 4.3% dan positif 5.6% bagi tahun 2021.

Tetapi Malaysia catat negatif 5.6% tahun lepas dan unjuran bagi tahun ini ialah 4.5%.

Apabila dunia merosot, Malaysia lebih merosot – bermakna Malaysia jatuh ke belakang berbanding dunia.

Dan apabila dunia memulih, pemulihan Malaysia jauh lebih perlahan.

Sekali lagi bermaksud Malaysia ketinggalan dunia sekali lagi.

Ketinggalan dunia dua tahun berturut-turut tak apa.

Asal kita Juara Covid, kan?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157969300890952/

Leave a Reply