Badan penyelidik Institute for Health Metrics and Evaluation (IHME) yang…

By Friday February 5th, 2021 No Comments

Badan penyelidik Institute for Health Metrics and Evaluation (IHME) yang pernah digunakan kerajaan USA meramal Malaysia akan merekod lebih 1,800 kematian akibat Covid menjelang 1 Jun 2021.

Namun, negara kita mencatat 19 orang terkorban setelah dijangkit Covid hari ini.

Sejak dua minggu lalu, negara mencatat sekitar 15 hingga 20 kematian setiap hari.

15 kematian sehari bermaksud 450 orang terkorban sebulan manakala 20 kematian bersamaan dengan 600 nyawa sebulan.

Jika trend sejak kebelakangan ini berterusan, angka 2,000 orang terkorban bakal direkodkan dalam tempoh masa kurang dua bulan lagi iaitu pada akhir bulan Mac berbanding 1,800 pada 1 Jun seperti diramal IHME.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157679866910952/

Leave a Reply