News_archive

Azizulhasni Awang Terima Anugerah NPC-Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin 1Malaysia

By Tuesday July 5th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) — Pelumba basikal negara Azizulhasni Awang menerima Anugerah Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) NPC-Tan Sri Nasimuddin SM Amin 1Malaysia.

Beliau menerima anugerah itu daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Malam Anugerah NPC-Naza 2011 di sini di atas sumbangan beliau terhadap sukan negara.

Najib turut menyampaikan Anugerah Pencapaian Seumur Hidup NPC-TM kepada bekas Pengarang Berita Bernama, Musa Scully yang telah berkecimpung selama 30 tahun dalam dunia kewartawanan dan 16 tahun dalam bidang perhubungan awam.

Khalidah Adibah Amin, 74, atau lebih dikenali sebagai Adibah Amin menerima Anugerah Legenda Media NPC-AmBank.

Musa dan Adibah Amin masing-masing menerima RM10,000 dan plak.

Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai menerima Anugerah Personaliti Media NPC-Celcom sementara Presiden NPC, Datuk Ahiruddin Atan atau Rocky Bru menerima Anugerah Ikon Media NPC-Maxis.

Anugerah lain:

Wartawan The Star, Shahanaz Habib (Wartawan Terbaik NPC-SCOMI (RM10,000 dan plak).

Melissa Ong dari NTV7 (Wartawan Muda Terbaik NPC-Celcom) (RM5,000 dan plak).

Wartawan MalaysiaKini, Aidila Razak (Wartawan Online Terbaik NPC-UEM (menerima RM5,000 dan plak).

www.paultan.org (Penulis Blok Terbaik NPC-Sime Darby (RM3,000 dan plak).

Sumber : Bernama

Leave a Reply