Awal tahun lalu, MalaysiaKini pernah troll Kit Siang. Mula-mula, Kit Siang…

By Tuesday November 3rd, 2020 No Comments

Awal tahun lalu, MalaysiaKini pernah troll Kit Siang.

Mula-mula, Kit Siang ajak debat. Kita pun terima.

Namun tak sampai 48 jam, Kit Siang umum dia larikan diri dari debat.

Kononnya debat antara saya dengan dia akan “mencetuskan sentimen perkauman antara masyarakat Cina dan Melayu” walaupun dia kata dia sedar ramai yang akan gelar dia penakut.

Takde pun apa-apa sentimen perkauman tercetus apabila ahli parlimen DAP dan ahli parlimen UMNO sering berlawan mulut dalam Dewan Rakyat?

“Namun, kurang daripada 48 jam, Lim menarik diri daripada perbahasan tersebut, menyatakan bahawa beliau beliau menerima segunung surat dan nasihat yang memintanya supaya tidak meneruskan debat itu. Antara alasan diberikan adalah Najib akan menggunakan platfom ini untuk mencetuskan sentimen perkauman antara masyarakat Cina dan Melayu, khususnya menjadikan DAP sebagai sasaran. “Saya sedar yang keputusan saya ini akan disambut dengan pelbagai tuduhan yang saya ini adalah seorang penakut.”

“Najib: Kit Siang, ini debat, bukan gusti. Kenapa nak lari?”
https://www.malaysiakini.com/news/477301

Lalu, Mkini troll Kit Siang dengan gambar-gambar ini.

Terus siang hari jadi malam!



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157465065545952/

Leave a Reply