Asal usul kita mungkin berlainan. Cara kita mungkin berbeza. Keikhlasan…

By Sunday August 23rd, 2020 No Comments

Asal usul kita mungkin berlainan.

Cara kita mungkin berbeza.

Keikhlasan yang membawa kita bersama.

Asas perjuangan yang sama menyatukan kita sehingga dinaikkan ke pentas.

Pentas kita ini dibina umat dan rakyat, untuk rakyat dan hanya RAKYAT. Titik peluh dan darah mereka.

Pentas yang kita berdiri bukan kita buat, bukan untuk kita semata-mata.

Kita berdiri di pentas atas restu rakyat.

Bila dijulang, ke mana kita?

Bila diuji, adakah kita berubah? Berhenti?

Selangkah demi selangkah yang kita ambil.

Kita dinilai setiap masa oleh mereka yang merestui kita.

Di sebalik kesemua ini, tiada pengajaran yang lebih berharga.

“Kawan ketawa mudah dicari. Tetapi kawan menangis susah dicari.”

Yang tinggal, hanya sahabat seperjuangan sejati.

Yang kekal, niat dan keikhlasan kita berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan rakyat.

Kerana rakyat segalanya.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157301066185952/

Leave a Reply