News_archive

AS ucap tahniah kepada Najib

By Sunday April 5th, 2009 No Comments

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Razak, yang mengambil alih jawatan itu daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini. ?

“Kami akan memberikan kerjasama kepada Perdana Menteri Najib dan kerajaannya dalam memperkukuhkan lagi hubungan AS-Malaysia,” kata pegawai Jabatan Negara AS kepada Bernama malam tadi.

Awal semalam, Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply