Arwah ayahanda dahulu menjalinkan hubungan yang baik dengan pemimpin luar…

By Thursday January 14th, 2021 No Comments

Arwah ayahanda dahulu menjalinkan hubungan yang baik dengan pemimpin luar negara.

Ayahanda tahu.

Kita ada sumber kekayaan. Pasaran Malaysia terhad.

Kita perlukan pasaran lebih besar untuk pekebun-pekebun kecil kita atau syarikat-syarikat kita menjual hasil.

Ayahanda tahu.

Malaysia baru mula membangun. Malaysia memerlukan sokongan dan kerjasama negara luar.

Kita perlukan teknologi, kepakaran, pelaburan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi kita.

Ayahanda tahu.

Jika berlaku krisis yang memerlukan kebersamaan negara luar, maka hubungan diplomasi yang baik akan membawa seribu manfaat kepada kita.

Hari ini?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157619568235952/

Leave a Reply