April 2021: – Bekas perdana menteri Najib Razak berkata kerajaan perlu…

By Thursday July 8th, 2021 No Comments

April 2021:
– Bekas perdana menteri Najib Razak berkata kerajaan perlu membuat tempahan awal vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak. Itupun jika bekalan belum dibolot negara lain.
– Jika mahu lebih pasti, kerajaan perlu mula membuat tempahan untuk dibekal vaksin kanak-kanak biarpun belum ada kepastian akan lulus (oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara).
– Jangan ulangi kesilapan tahun lepas di mana kita lambat tempah vaksin.
– Jika tak lulus dan wang deposit itu terpaksa “burn”, biarkan burn sebab manfaat bagi negara puluhan kali lebih tinggi sekiranya lulus.

Mei-Jun 2021:
– AS lulus vaksin Pfizer untuk individu berusia 12 tahun ke atas.
– Singapura lulus vaksin Pfizer untuk remaja
– Kanada lulus vaksin Pfizer untuk remaja 12 tahun ke atas
– Kerajaan China meluluskan vaksin Covid-19 Sinovac Biotech Ltd untuk penggunaan kecemasan bagi golongan individu berusia antara tiga hingga 17 tahun.
– Jepun lulus vaksin Pfizer untuk remaja 12-15 tahun
Vaksin COVID: EU lulus penggunaan Pfizer-BioNTech terhadap remaja

Saya harap kerajaan akan percepatkan penilaian mereka agar Malaysia juga boleh luluskan secepat mungkin supaya kita boleh membuat tempahan dan perancangan awal.

Agar kanak-kanak kita boleh bersambung sekolah secara bersemuka dengan selamat secepat mungkin.

“25 April 2021: Vaksin kanak-kanak: Tempah awal, jangan ulang kesilapan tahun lepas, kata Najib”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/25/vaksin-kanak-kanak-tempah-awal-jangan-ulang-kesilapan-tahun-lepas-kata-najib/



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157996452205952/

Leave a Reply