Apakah matlamat utama melaksanakan PKP kali ini? Tugas utama sebuah…

By Saturday January 16th, 2021 No Comments

Apakah matlamat utama melaksanakan PKP kali ini?

Tugas utama sebuah kerajaan ialah untuk memastikan setiap warganya selamat – terutama dari segi kesihatan.

Kerajaan yang tidak lagi mampu memberi khidmat rawatan kepada mana-mana warga negara yang sakit adalah sebuah kerajaan yang telah gagal.

Sejak beberapa hari lepas, pesakit yang disahkan positif Covid tidak lagi dihubungi KKM.

Mereka disuruh lapor diri melalui app MySejahtera, kendiri di rumah dan disuruh pantau sendiri.

Ini bukan sekadar kitajagakita lagi tapi pesakitjagapesakit.

KKM juga tidak lagi mampu membuat saringan ke atas semua kontak rapat pesakit positif Covid. Hanya kontak rapat yang ada gejala akan diuji.

Semakin banyak laporan yang kata pesakit Covid yang bergejala teruk berdepan dengan masalah untuk dimasukkan dalam hospital kerajaan sebab wad sudah penuh.

Kes aktif Covid negara kita sudah naik ke 35,253 pesakit – iaitu jauh melepasi kapasiti rawatan dan kuarantin kerajaan.

Setiap hari kes aktif bertambah 1,000 hingga 2,000 pesakit.

Amat sakit hati apabila kita membaca laporan-laporan berita seperti itu.

Tapi PKP kali ini nampak tidak tegas, tidak effektif dan tidak akan mencapai matlamat.

Terlalu banyak kelonggaran diberi.

Kilang-kilang dan sektor pembinaan yang merupakan penyumbang paling besar kepada gelombang ketiga Covid dibenarkan beroperasi.

Malah kedai emas, kedai pakaian dalam mewah, shopping mall dan gedung perabot juga dibuka.

Ramai yang berpendapat bahawa PKP kali ini langsung tidak nampak seperti PKP.

Jika kita tidak tegas, ada kemungkinan bahawa tempoh PKP 14 hari ini tidak dapat mencapai matlamat untuk melindungi sistem kesihatan dan menurunkan kes aktif Covid.

PKP selama 140 hari pun belum pasti cukup jika terus diberikan begitu banyak kelonggaran.

Sebab itu, matlamat utama PKP kali ini sepatutnya ialah untuk memastikan sistem kesihatan negara tidak lumpuh.

Untuk memastikan kerajaan masih mampu memberi rawatan sewajarnya kepada setiap warga yang sakit.

Inilah sebab saya asyik bertegas bahawa PKP kali ini perlu lebih tegas dan ketat untuk 2 minggu pertama supaya kita boleh melindungi sistem kesihatan negara.

Dengan bantuan kerajaan kepada Rakyat yang memadai, biarlah kita perit seketika untuk 2 minggu pertama agar sistem kesihatan dan frontliners kita terpelihara dan PKP tidak perlu dilanjut berulang-kali.

Short-term pain lebih elok berbanding long-term suffering.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157623807750952/

Leave a Reply