Apabila diperlukan, mereka menyahut cabaran. Apabila ditugaskan, mereka…

By Wednesday May 12th, 2021 No Comments

Apabila diperlukan, mereka menyahut cabaran.

Apabila ditugaskan, mereka menjalankan tanggungjawab sebaiknya.

Apabila diharapkan, mereka laksanakan dengan penuh dedikasi.

Dan sudah tentu, biarpun kerja hanya sumber pendapatan bagi kita, tidak sama sekali bagi jururawat.

Jururawat bertugas dengan penuh kasih sayang memastikan mereka yang memerlukan dijaga dengan baik dan sembuh bagaikan ahli keluarga terdekat mereka.

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada jururawat-jururawat yang banyak membantu dalam penjagaan dan pemberian rawatan buat Allahyarhamah bonda ketika bonda di hospital.

Selamat menyambut Hari Jururawat Sedunia 2021.

Ribuan terima kasih atas pengorbanan dan sumbangan saudara-saudari.

Semoga terus diberikan kekuatan dan dirahmati sentiasa.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157884254200952/

Leave a Reply