Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Apa yang YB Baram cakap ni betul. Saya boleh confirm. Dahulu arahan saya... - Najib Razak

Apa yang YB Baram cakap ni betul. Saya boleh confirm. Dahulu arahan saya…

By Sunday November 22nd, 2020 No Comments

Apa yang YB Baram cakap ni betul. Saya boleh confirm.

Dahulu arahan saya kepada Kementerian Kewangan mudah.

Pertamanya, pastikan ramai yang dapat. Kita ikhlas nak bantu rakyat.

Jangan kedekut, jangan kenakan syarat macam-macam, jangan susahkan rakyat.

Yang keduanya, pastikan sampai ke tangan rakyat.

Ini penting. Apa gunanya kita umum nak bagi bantuan tapi bantuan tak sampai ke tangan rakyat?

Kita duduk di bandar, duduk di pekan, duduk di ofis.

Tetapi jangan lupa Malaysia ini luas.

Sudah tentu ada perkampungan di pedalaman yang sukar bagi rakyat ke pekan, ke bandar atau ke pejabat.

Dan kos perjalanan juga perlu diambil kira oleh rakyat di pedalaman.

Maka pada ketika pelaksanaan BR1M, kita bawa bantuan TERUS KE TANGAN RAKYAT.

Jika kerajaan BN janji RM2,000 kepada rakyat, RM2,000 juga sampai ke tangan rakyat.

Bagi kawasan pedalaman, ada pegawai Kementerian Kewangan yang diiringi polis membawa bantuan kewangan BR1M terus ke perkampungan.

Naik bot, naik kenderaan 4wd.

Tidak mudah bagi pegawai kita saya tahu tetapi kita semua mahu tolong rakyat.

Ya, kita menggalakkan pendaftaran nombor bank dan cara bayaran lain tetapi di mana diperlukan, Kementerian Kewangan dahulu pastikan duit dihantar ke tangan rakyat.

Namanya – Bantuan Rakyat 1Malaysia.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157507029880952/

Leave a Reply