Apa yang paling ditakuti dalam pandemik bukan sahaja jumlah kes positif yang…

By Tuesday May 4th, 2021 No Comments

Apa yang paling ditakuti dalam pandemik bukan sahaja jumlah kes positif yang semakin meningkat tapi sistem kesihatan yang lumpuh.

Kita mahu elak keadaan di mana pesakit yang sudah sakit parah dan perlu rawatan segera ditolak berkali-kali oleh hospital kerajaan dan swasta sebab kapasiti rawatan sudah dilepasi.

Ini berlaku di negara India di mana ahli keluarga pesakit perlu membawa pesakit sebab kekurangan ambulans dan memandu berjam-jam lamanya untuk mencari hospital yang masih ada kapasiti.

Akhinya tidak berjaya cari hospital yang mampu mengambil dan pesakit meninggal dalam kereta ahli keluarga.

Sebab itu, saya lebih mengambil perhatian setiap hari dengan angka jumlah pesakit yang dikatakan aktif Covid – terutamanya bilangan pesakit dalam Unit Kawalan Rapi (ICU) dan pesakit pada tahap paling serious iaitu memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah positif setiap hari boleh naik dan turun setiap hari sebab jumlah saringan dibuat setiap hari juga naik dan turun seperti angka 2,500 semalam yang merupakan kejatuhan besar berbanding hari-hari sebelumnya sebab jumlah saringan turun dengan banyak beberapa hari lalu semasa cuti awam dan makmal-makmal swasta tak buka.

Bagaimanapun, jumlah pesakit yang serious dan perlukan jagaan ICU serta bilangan pesakit yang terima bantuan pernafasan tidak menipu sebab tak terkesan dengan cuti awam.

Sebenarnya, keadaan sekarang adalah berganda serious berbanding masa Darurat dan PKP 2.0 diumumkan.

Bilangan pesakit dalam ICU telah naik dari 228 dua minggu lepas ke 300 minggu lepas ke 352 semalam.

Bilangan pesakit paling serious pula naik dari 93 dua minggu dulu ke 133 minggu lepas ke 186 orang semalam.

Masing-masing adalah 88% dan 113% lebih ramai berbanding masa darurat diumum.

Cuba bayangkan apakah keadaan negara jika angka-angka ini mengikut trend dan berganda sekali lagi?

Ini dibuktikan apabila KKM dan hospital-hospital swasta mula umum kapasiti mereka telah kritikal.

KKM juga memberi amaran bahawa jumlah pesakit muda serta peratusan pesakit yang jatuh sakit menjadi kritikal sudah meningkat tinggi sebab syaki ianya akibat varian baru Covid yang berjaya menular ke dalam Malaysia.

“3 Mei 2021: Covid-19: Jumlah pesakit muda dan kritikal meningkat – Dr Adham
https://www.malaysiakini.com/news/573226

Dalam keadaan ini, secara logiknya kerajaan PN patut umum PKP 3.0 serta merta seperti dicadang dan diberi amaran KKM serta diminta oleh beberapa negeri-negeri kepada MKN.

Namun saya terbaca berita bahawa PM8 belum sedia bersetuju walaupun negeri-negeri dan KKM mendesak.

“3 Mei 2021: PM belum buat keputusan PKP baharu, kata Chow”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/03/pm-belum-buat-keputusan-pkp-baharu-kata-chow/

“3 Mei 2021: 2 negeri mohon laksana PKP – Annuar”
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/702004/2-negeri-mohon-laksana-pkp-annuar

Saya percaya keengganan untuk membuat keputusan ini adalah sebab kerajaan baru sahaja tamatkan PKP 2.0 dua bulan dahulu dan jika dibuat PKP 3.0 selaju itu, kerajaan PN akan dikecam teruk dan digelar sudah gagal.

Sebagai parti politik yang sudah berada dalam keadaan yang rapuh, sudah tentu mereka tidak dapat dicopkan sebagai parti gagal sebab tak serious melaksanakan PKP 2.0 separuh masak yang menyusahkan Rakyat dengan sia-sia.

Lebih-lebih lagi, PM8 baru sahaja beri jaminan pada bulan Mac bahawa kerajaan tidak akan membuat lagi PKP menyeluruh baik dari segi seluruh negara atau bagi seluruh negeri.

“17 Mac 2021: Tiada lagi PKP menyeluruh, kata Muhyiddin”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/17/tiada-lagi-pkp-menyeluruh-kata-muhyiddin/

Jadi, apakah pilihan kerajaan PN sekarang jika tak mahu buat PKP 3.0?

Hanya percubaan untuk memindah pesakit yang perlukan jagaan ICU ke negeri-negeri lain yang masih ada pesakit atau arahkan hospital-hospital swasta dan kerajaan untuk tambah kapasiti ICU, jika masih mampu.

Namun, bukan senang untuk tambah katil ICU sebab perlukan peralatan khusus serta jururawat dan doktor-doktor terlatih untuk jaga pesakit ICU dengan rapi sepanjang 24 jam sehari.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157866910375952/

Leave a Reply