Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Apa pandangan kawan-kawan semua terhadap Pelan Pemulihan diumum PM8 hari... - Najib Razak

Apa pandangan kawan-kawan semua terhadap Pelan Pemulihan diumum PM8 hari…

By Khamis Jun 17th, 2021 No Comments

Apa pandangan kawan-kawan semua terhadap Pelan Pemulihan diumum PM8 hari itu?

Difahamkan kebanyakan perniagaan biasa yang bukan dikategorikan sebagai “essential” hanya akan dibenarkan sambung beroperasi dalam bulan September atau Oktober.

Saya tak tahu jika kerajaan PN sedar bahawa negeri Kelantan dan sebahagian besar Kedah sudah bawah PKP 3.0 sejak bulan April manakala PKP 3.0 seluruh negara sebenarnya bermula pada 12 Mei.

Ini bermakna kebanyakan sektor ini tidak dibenarkan beroperasi antara 4 hingga 7 bulan lamanya manakala sektor pelancongan perlu tunggu selewatnya sehingga akhir tahun.

Adakah bantuan kerajaan memadai untuk perniagaan seumpama ini menghadapi tempoh sekurang-kurangnya 4 bulan atau selewat-lewatnya 7 bulan tanpa sebarang pendapatan?

Segala bil air, bil api perlu dilangsaikan. Ini pulak anak anak belajar di rumah. Sewa kedai perlu dibayar tapi tak boleh ke kedai. Pada masa sama, makanan pun perlu dibeli untuk hidup.

Alangkah ianya lebih baik sekiranya kerajaan PN tidak degil dan telah laksanakan PKP 2.0 pada bulan Januari sebagaimana PKP 1.0 dengan bantuan wajar yang tempohnya cuma 45 hari sahaja dilaksanakan.

Pelan pun hanya jangkaan seperti jangkaan semasa PKP 2.0 untuk Covid jatuh ke dua angka menjelang bulan Mei.

Kalau tak menjadi sekali lagi?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157956420545952/

Leave a Reply