Antara punca cetus gelombang kedua Covid-19 di Hong Kong ialah krew kapal…

By Monday August 31st, 2020 No Comments

Antara punca cetus gelombang kedua Covid-19 di Hong Kong ialah krew kapal asing.

Sebab itu, saya agak risau dengan berita semalam berhubung kluster MV Glen di mana seorang agen perkapalan yang merupakan warga Malaysia telah dijangkiti oleh seorang krew kapal.

Kes agen perkapalan ini telah diklasifikasikan sebagai penularan tempatan.

Kluster MV Glen bukan kes pertama krew kapal didapati positif Covid di Malaysia.

Kluster Alam (8 krew positif Covid) dan kluster Bunga (3 krew) turut melibatkan kapal yang berlabuh di Malaysia tetapi MV Glen merupakan kes pertama di mana seorang krew kapal telah menjangkiti orang tempatan yang bukan krew.

Saya yakin bahawa SOP Covid kerajaan bagi sektor perkapalan terbukti berkesan selama ini tetapi kawalan sempadan perairan negara ini perlu dipertingkatkan lagi agar kita tidak mengulangi kesilapan Hong Kong.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157324197645952/

Leave a Reply