Antara negara-negara yang telah meluluskan atau menggalakkan pengeluaran…

By Tuesday November 3rd, 2020 No Comments

Antara negara-negara yang telah meluluskan atau menggalakkan pengeluaran wang dari tabung usia tua untuk pencarum terdesak pada masa Covid termasuk Australia, Iceland, Peru, Chile Portugal, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Ada yang sudah luluskan pengeluaran kali kedua.

Namun kebanyakan negara-negara tersebut juga meletakkan syarat bahawa pencarum perlu mengemukakan bukti mereka hilang sumber pendapatan atau keadaan kewangan mereka sudah kritikal.

Jika alasan diberi pencarum ialah untuk bayar deposit bagi X50 sebab kereta itu lawa atau nak beli iPhone 12, mereka akan terus bakulsampahkan permohonan.

Pada pendapat saya, sebuah kerajaan yang prihatin perlu lebih fokus kepada mencari jalan untuk memulihkan dan menambah simpanan usia tua golongan terdesak selepas krisis Covid berakhir – bukan untuk menafikan hak pencarum untuk mengakses wang simpanan mereka pada masa mereka paling terdesak.

Sebuah kerajaan mempunyai kuasa dan pengaruh besar untuk memastikan tabung-tabung rakyat menjana keuntungan serta pulangan yang lebih tinggi pada hari kelak.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157464564580952/

Leave a Reply