Antara komen-komen pihak sebelah sana yang paling saya tak suka baca dan…

By Monday June 7th, 2021 No Comments

Antara komen-komen pihak sebelah sana yang paling saya tak suka baca dan sukar untuk terima adalah:
– Kerajaan sudah cuba buat yang terbaik;
– Kerajaan sedang diuji
– Pemimpin-pemimpin kerajaan sedang berkorban dan bekerja keras.

Ini soal prinsip dan falsafah saya sebab bagi saya, tiada makna untuk bekerja keras atau cuba sebaik-baiknya sekiranya tiada percapaian atau hasilnya gagal.

Sekiranya telah diuji dan telah “buat yang terbaik” lebih setahun tetapi tetap gagal, apa maksudnya?

Apa maknanya sekiranya Rakyat terus menderita secara berpanjangan dan ekonomi Malaysia tak pulih pada ketika negara-negara lain sudah “booming” dan memulih?

Tetapi kita pula antara top 10 Covid dalam dunia, juara Covid ASEAN, tiap-tiap hari pecah rekod tertinggi Covid, kita satu-satunya negara dalam dunia yang gantung demokrasi selama 6 bulan dengan alasan lawan Covid tapi Covid menjadi 6 kali lebih parah dan pelaburan asing kita adalah paling rendah di ASEAN.

Rakyat pula perlu menghadapi PKP berganti PKP berganti lockdown berganti PKP tanpa kesudahan sepanjang 10 bulan gelombang ketiga setakat ini pada ketika kapasiti sistem kesihatan negara telah tercecah dan ramai nyawa yang terkorban setiap hari.

Dan pada masa itu, boleh pulak kerajaan kata tiada wang lagi untuk lebih membantu Rakyat pada ketika Rakyat paling susah.

Saya sangat tak setuju dengan pendekatan “kita cuba dulu, kalau gagal kita cuba lagi dan lagi”.

Sebab apabila gagal sebagai pemimpin negara, Rakyat dan negara yang paling menerima kesannya – bukan pemimpin.

Sebab itu, tiada ruang untuk “trial and error” bagi pemimpin negara.

Slogan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” kerajaan BN masa saya PM bukan sekadar air liur sahaja sebab ianya falsafah dan keutaman saya tanpa kompromi.

Dengan itu kita buat Pelan Transformasi Negara dengan KPI yang agresif masa dahulu.

Malah, seorang menteri penuh dilantik untuk memantau KPI bagi semua Kementerian seperti agensi kerajaan supaya kita tidak leka, tidak lembab atau ambil ringan.

Dan pada akhir setiap tahun, kita akan umumkan pencapaian KPI bagi setiap kementerian kepada Rakyat.

Itulah sebab masa itu:
– tahap pelaburan asing adalah paling tinggi dalam sejarah,
– dividen-dividen tabung simpanan Rakyat paling tinggi secara konsisten,
– bursa saham Malaysia adalah pasaran bull-run paling panjang di dunia dan mencapai paras tertinggi 1896 point
– Ekonomi negara kukuh sepanjang tempoh biarpun kita diuji dengan cabaran The Great Global Recession 2008-2010, kejatuhan mengejut harga minyak dunia sebanyak 80% pada tahun 2015-2016 tetapi Rakyat tak berapa perasan atau terkesan.
– Kekayaan negara naik berganda dari RM800 bilion pada akhir tahun 2008 ke RM2 trilion pada akhir tahun 2017 sehingga World bank kata Malaysia diambang diisytiharkan negara berpendapatan tinggi sebelum ianya tertunda selepas PRU14.
– kadar kenaikan gaji terutamanya bagi golongan B40 dan M40 lebih tinggi manakala jurang pendapatan juga semakin turun, bantuan Rakyat diperkenalkan buat kali pertama dalam sejarah
– projek-projek infrarakyat dan pembangunan amat besar impaknya seperti ECRL, Pan Borneo Highway, sambungan LRT1/LRT2, LRT3, MRT1, MRT2, MCKIP, Pengerang, lebuhraya Pan Borneo, KLIA2, TRX, Taman Tugu dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan berjaya mengikut jadual.

Pada saya, tiada alasan “cuba”, “bekerja keras”, “diuji” sekiranya tiada pencapaian atau hasilnya adalah gagal segagal-gagalnya.

Rakyat perlu didahulukan. Pencapaian perlu diutamakan.

Bukan trial and error atau alasan tidak mampu jaga 32 juta Rakyat.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157936767935952/

Leave a Reply