Andaian yang digunakan dalam Bajet 2021 bagi pertumbuhan KDNK tahun 2020 dan…

By Friday November 20th, 2020 No Comments

Andaian yang digunakan dalam Bajet 2021 bagi pertumbuhan KDNK tahun 2020 dan 2021 juga adalah antara apa yang saya sebut dalam perbahasan bajet saya minggu lepas.

Kerajaan PN guna unjuran pertumbuhan ekonomi -4.5% untuk tahun 2020 sebelum membuat pusingan V-curve untuk melonjak ke +6.5% hingga +7.5% bagi tahun 2021 depan.

Jika kedua-dua andaian paling asas ini salah maka bajet, defisit kerajaan dan nisbah hutang juga akan salah.

Akibatnya, kederitaan Rakyat akan bertambah sebab ekonomi perlahan untuk memulih dan pekerjaan baru gagal dijana untuk gantikan pekerjaan yang telah hilang dalam krisis Covid.

Semasa mengusul bajet 2021, Menteri Kewangan PN memberi gambaran bahawa ekonomi negara akan memulih dengan pantas seperti V-curve dari negatif 4.5% ke positif 7.5%.

Tapi hari ini, Menteri kanan paling kanan PN yang juga ahli kanan Majlis Tindakan Ekonomi kerajaan memberitahu media antarabangsa bahawa pemulihan ekonomi Malaysia akan perlahan dan hanya akan memulih secara U-curve pulak!

Saya tengok unjuran negatif 4.5% bagi KDNK tahun 2020 pun bakal jauh dari sasaran.

Ini adalah pertumbuhan KDNK bagi tahun 2020 setakat suku ke-3 yang diumum dua minggu lepas.

Suku 1: positif 0.7%
Suku 2: negatif 17.1%
Suku 3: negatif 2.7%

Untuk mencapai unjuran negatif 4.5% untuk KDNK tahun 2020 seperti digunakan sebagai andaian dalam bajet 2021, Malaysia perlu mencatat pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya POSITIF 1.1% bagi Suku 4 tahun 2020.

Adakah sesiapa yang percaya ekonomi suku 4 ini (dari Okt hingga Dis) akan lebih baik (dan bertukar menjadi positif) berbanding suku 3 memandangkan negara sedang diuji oleh gelombang ketiga Covid yang telah memaksa hampir seluruh negara dikenakan PKPB sejak awal bulan lepas?

Sebab itu saya kata unjuran dalam bajet adalah terlalu optimistik dan ianya parah bagi kerajaan dan Rakyat jika tersalah unjur.

Dan sebab itu, saya tuntut langkah luar biasa untuk menyuntik lebih banyak dana dalam kitaran ekonomi tempatan melalui lanjutan moratorum pukal secara automatik dan pengeluaran wang sehingga RM10k tanpa bersyarat dari akaun 1 KWSP.

Tapi ada pula yang kata saya sengaja beri kedua-dua syarat ini sebab saya sengaja nak kenakan kerajaan PN atau mahu berlagak hero.

Ini bukan soal nak jadi hero atau nak jadi pengkhianat.

Ini soal asas ekonomi untuk memberi kelegaaan kepada puluhan juta Rakyat yang sudah tentu terjejas jika andaian paling asas kita salah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157502735015952/

Leave a Reply