Anak-anak sekejap saja dah besar. Ibu bapa saudara mara pula semakin…

By Saturday May 1st, 2021 No Comments

Anak-anak sekejap saja dah besar.

Ibu bapa saudara mara pula semakin berumur.

Saya tahu ramai susah hati dan rindu memikirkan ibu bapa dan ahli keluarga di perantauan lain.

Mereka juga merindui anak dan anak saudara yang mencari nafkah di bandar.

Saya tahu. Saya faham.

Saya juga seorang bapa, saya juga seorang anak walaupun kedua-dua ayahanda dan bonda sudah tiada.

Susah hati juga ketika menziarahi beberapa kawan tadi.

Terbayang akan saudara-saudari semua yang amat sayang dan merindui keluarga.

Ada yang kurang sihat, ada yang semakin uzur.

Masa pula tidak menunggu.

Ada masa hujung minggu ini telefon lah orang-orang kat kampung, saudara mara.

Saya doakan agar semua diberikan kesihatan baik dan dipanjangkan umur.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157860827215952/

Leave a Reply