BlogFeatured Articles

Ambo Saye Kelate

By Sunday March 12th, 2017 No Comments

Saya di Bachok pagi tadi, berjumpa penduduk kampung dan rasmikan tapak hospital baharu.

Saya diberitahu tadi, dijangka 5 ribu sahaja yang akan hadir. Tetapi lebih kurang 15 ribu orang hadir, melimpah luar khemah.

Terima kasih atas sambutan mesra, senyuman manis dan begitu ramai datang berpakaian segak dan cantik, berjemur panas untuk memberi sokongan kepada majlis hari ini.

Alhamdulillah, ambo semangat lihat semangat ore Bachok.

Saya tanya pada orang Bachok tadi, tahukah mengapa pembangkang menipu dan memfitnah mengatakan kita negara yang gagal?

Saya kata begitu sebab kalau kita ini negara yang gagal, masakan Raja Salman datang melawat kita di Malaysia, lebih daripada itu kita negara pertama di Asia yang Baginda lawati.

Andai kita negara gagal, masakan Baginda dan syarikat petroleum terbesar dunia, Aramco mahu melabur berbilion ringgit di Malaysia?

Saya tanya juga kepada orang Bachok, ingat lagikah kepada Awang Adek ? Awang Adek ini dahulu bapanya nelayan, orang kampung dari Kelantan dah berjaya sampai ke Amerika Syarikat sebagai duta dengan cemerlang di sana.

Saya minta dia sambung sebagai duta, dia kata dia tak nak. Kenapa tak nak? Sebab dia nak balik ke Kelantan, ingin menyumbang kepada Kelantan, kepada orang Kelantan.

Inilah pemimpin-pemimpin yang kita inginkan, yang UMNO dan Barisan Nasional ada. Pemimpin yang faham dan dengar denyut nadi rakyat, sanggup berkorban untuk mereka.

Ingatkah lagi pada zaman dahulu di bawah kepimpinan lama, Kelantan didera. Bagi pemimpin lama itu, kerana Kelantan tak sokong dia, dikurangkan peruntukan buat negeri Kelantan.

Saya tak buat macam itu. Ambo saye Kelate. Saya tak kurangkan peruntukan, bahkan saya tambah, RM 12.11 bilion berbanding RM 3 bilion lebih untuk Kelantan dahulu.

Sebab ambo saye Kelate, kita bina hospital baharu di Bachok bernilai RM 140 juta, kita bawa ECRL yang akan lalu di sini dan banyak lagi.

Saya tanya tadi PRU 14 nanti sokong siapa, orang Bachok kata Barisan Nasional. Ada saya perli juga tadi, dulu saya tanya pun jawab sama, tapi kita kalah tipis.

Walaupun begitu, kita teruskan juga keikhlasan, kita terus bantu rakyat Kelantan.

Banyak perancangan besar telah dan akan rencanakan untuk Bachok, untuk negeri Kelantan, dan untuk Malaysia.

Orang Bachok jangan lupa janji kita, undilah UMNO dan BN bila tiba masanya nanti.

Leave a Reply