Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Ambil iktibar kezaliman along: Najib - Najib Razak
News_archive

Ambil iktibar kezaliman along: Najib

By Thursday May 28th, 2009 No Comments

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mahu semua pihak supaya mengambil iktibar daripada kisah kezaliman along terhadap peminjam yang gagal melunaskan hutang mereka dan mengelak meminjam wang dengan ceti haram itu.

Sambil melahirkan rasa terkejut terhadap keberanian along terbabit bertindak kejam dan membelakangi undang-undang, Perdana Menteri mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit.

“Saya memang terkejut dengan tahap kezaliman dan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh pihak along ini serta berharap pihak berkuasa segera mengambil tindakan mengikut undang-undang negara.

“Saya juga harap rakyat Malaysia akan sedar dan jadikan kejadian ini sebagai satu iktibar kepada mereka supaya jangan sesekali meminjam daripada along,” katanya dalam sidang media mengumumkan unjuran baru kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara di sini, semalam.

Perdana Menteri mengulas laporan media mengenai tiga lelaki mangsa along yang dirantai dan dikurung dalam dua ‘lokap’ di tingkat bawah sebuah rumah kedai empat tingkat di Serdang, dekat sini kerana gagal membayar hutang berjumlah antara RM1,500 hingga RM4,000.

Mereka yang berjaya diselamatkan polis kelmarin, hanya dibekalkan dengan sebuku roti untuk makanan seminggu manakala air minuman pula disalurkan dari paip tandas dibina khusus untuk lokap berkenaan.

Seorang daripada ‘banduan’ along itu ditahan sejak dua bulan lalu, seorang lebih sebulan manakala seorang lagi kira-kira 10 hari. Ketiga-tiga mereka diikat dengan rantai besi pada leher, tangan dan kaki ke sebatang tiang dalam lokap berkenaan.

Tiga lelaki itu, yang amat lemah dengan kesan lebam dan luka, dipercayai dirotan di beberapa bahagian badan kerana membuat bising atau cuba menarik perhatian orang ramai di luar bangunan supaya menyedari mereka dikurung.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply